Want your
own Fotopage?











 


By: Maylique Maylique

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Dec-2007 08:17 Email | Share | | Bookmark
Kekusutan



aku meminjam cara editing simen wazari... tapi tak secantik dia..............

Lama tak update...bz ka?
Ka dok krosot lagi?
Wed 26-Dec-2007 05:21
Posted by:Ushar  - [Link]
Apa tu? Bunga atas batu gua kah? Tambah kusut masai nengok black & white...... Wed 26-Dec-2007 06:59
Posted by:Layman
ok dah tu, may. sikit2 lama2 jadi bukit. Wed 26-Dec-2007 08:15
Posted by:aidura sofiee
View all 13 comments Add comment


Thursday, 13-Dec-2007 11:24 Email | Share | | Bookmark
Bunga Kemboja ....

ENTRY INI KU KHASKAN KEPADA LAYGAL....aka Layman....

kenapakah bunga di kuburan ini di namakan kemboja? adakah ia asalnya dari kemboja? aku pun tak tahu..tapi bunga kemboja yang ada mcm2 kaler ni hanya menjadi penghuni kubur dan masyarakat cina banyak membuat bonsai menggunakan kemboja yang dianggap membawa Ong...dan pernahkah anda tahu bahawa kemboja bonsai tidak dibawa ke dalam rumah..kenapa ek?

Ini kerana menurut rakan2ku yang sebahagian besarnya berbangsa Mata Sepet... waktu malam kemboja ini akan mengeluarkan sejenis bauan yang tidak baik untuk kesihatan...ala-ala racun yang lembut gitu....maka ia cuma sesuwai di luar rumah saja......

gambar kiri tanpa edit dan kanan aku edit.... malas nak tulis apa-apa kerana bagiku bunga kemboja adalah lambang kesedihan dan kekusutan hati....mayb itulah yang menghantui aku sekarang.. tapi aku yakin tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan cuma sekiranya manusia yang terlibat tidak menunjukkan inisiatif untuk membetulkan keadaan maka dia akan tahu langit untuknya tidak selamanya biru mcm yang aku edit tu... untuk kawan2 fp kalau nak tahu apa masalah tu..... ada kaitan dengan exam aku hari itu.........

rileks.....hidup yg tak ada dugaan bukan hidup namanya....

Entryku hari ini….

Rakyat bertemasya di Pulau Langkawi
Menarik minat dagang santeri
Penggalang lalu memperkenal diri
Bersama Kilat mengawal negeri
Mon 17-Dec-2007 05:53
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
ada custom album untuk dijual....mau nggak?

http://myenvyeyes.blogspot.com/


this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree
this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree
this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree
this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree this is iyadzree
Mon 17-Dec-2007 09:06
Posted by:iyadzree my.envy.eyes@gmail.com  - [Link]
teruskan usaha.. cuba dan mencuba..! Tue 18-Dec-2007 05:47
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 12-Dec-2007 07:06 Email | Share | | Bookmark
Kita Makan Dulu...

7/12/07


Memandangkan hari itu aku fly awal2 buta n tak sempat breakfast melainkan beberapa bijik coklat yang kubawa...dan sampai di Mid Valley pun dah pukul 12.00 makan yang berlegar di minda...KFC,McD, Kenny Rogers..... Pizza (Servis teruk la sini) dan akhirnya aku memilih sesuatu yang selesa di minda yang kalau di translate jadi Kedai Nasik Ayam...maka di sinilah aku menghabiskan sedikit masa untuk bersantap seorang diri..... dan ingatan kembali ke 2003.. tinggal di Cititel selama 2 bulan lebih dan Mid Valley menjadi playgroundku ...itu pun aku masih sesat lagi di Mid Valley... heheheheehee

mencari album yang sesuai untuk produk,ulangtahun,perkahwinan atau kenangan indah?..

lawatilah kami..

http://myenvyeyes.blogspot.com/

this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy
this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy
this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy this is envy
Thu 13-Dec-2007 06:59
Posted by:envy  - [Link]
lawa ler gmbr..guna cmr model aper..?? Thu 13-Dec-2007 08:49
Posted by:am am_rnc@yahoo.com
Tu dia 2 bulan dok kat Cititel. lama tu..Cititel parking dah la kurang.... Kad internet dia yang RM 30 selalu tak dak yang ada RM 50 saja..nak guna sat saja..

Ramai dok sangka sis ni bro lagi.. macam si kelabu tu..
Mon 17-Dec-2007 05:03
Posted by:<<man>>  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 11-Dec-2007 06:13 Email | Share | | Bookmark
Ibu Kota Cinta- addduhhhhhhhh


KL Sentral

wajah seorang mak cik yang kutemui ...



7 Disember 2007

Boss suruh aku p KL, tujuan utama exhibition centre Mid Valley
Lepas subuh bergegas ke airport penang- sampai sana dah 7.40
berhenti dekat tempat ambik tiket parking, aduh berhenti jauh sangat terpaksa buka pintu keta dan hanggau tangan ambik tiket.

Lari ke check in kaunter air asia dah 7.45... counter closed...aduhhh lagi sekali... aku cuba jugak p kat cik adik tu.... nak ke mana? Kl... kenapa lambat? lain kali dtg awal sket... Jambatan jem... dapat gak chek terus proceed ke 9A...

Masa scan bag ada pulak sekumpulan mynmar yang berdoyon-doyon dan tak paham apa yang petugas cakp...sebabkan lambat sangat aku angkat beg dia dan lalukan back pack aku dulu.... agak kejam tapi terpaksa... bila lalu kat bawah gerbang tu bunyi pulak addduhhhhhh kena la biarkan kakak tu check aku dengan tangan yang didepakan...

ok semua setel tak ada bawak M16..aku pun lepas dan bergegas ke tmpt beratur.... selamat dah..... masa aku beratur tu aku tengok...eh...line yang aku ni sket je orang , line yang lagi satu tu ramai plak.... tau tau ada petugas datang ..." cik ada express boarding tak?" " err... tak ada...biasa punya" " ok...cik beratur di sana ya, ini express boarding sahaja..." aduuuuhhhhh... kena lagi!

Masa di Mid Valley aku nak ke Real Rewards ... tau tau dia dah pindah pulak...geram betoi!
bukan itu saja masa nak komuter nak ke Nilai rumah adik aku..... aku hilangkan tiket komuter nasib baik la petugas tren tu baik..... dan bagi aku lalu jugak..kalau tak....aduuuhhhhhhhhhh

Malam aku fly balik, flight delay sejam....adduhhhhh sampai rumah dah dekat pukul 1.00 pagi....

banyak betoi rintangan hang ya maylique..tapi ok la dah selamat sampai....lain kali mai kl lama2 la sikit boleh le pekena teh tarek... Wed 12-Dec-2007 02:29
Posted by:norhazlan  - [Link]
sayang sekali .. kalau tak..leh ko jumpa aku dan abstarct dan bro meor.. auw auw auw..
p/s kak..pening ko ek ada adik cam aku ek
Wed 12-Dec-2007 06:00
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
lama tak masuk sini......gmr simple tapi nice editing.......jadi elok......
abg pakai cmra apa?
Wed 12-Dec-2007 06:47
Posted by:grey  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 10-Dec-2007 08:02 Email | Share | | Bookmark
Pemergian Mr Brook

Saat sedih tiba juga..
tiada lagi bunyi plup plup
tiada lagi mata bulatnya meminta nyamuk..



Ketika Gmbr Ini Di ambil Mr Brook telah tidak bernyawa lagi.....




ternyata permergianku ke KL pertanda perpisahan kami di dunia ini....
bila aku pulang dari KL dan masuk kerja hari ini kulihat Mr Brook telah tiada....punca kematiannya tidak dapat kukesan, mungkin kerana air busuk atau mungkinkah Mr Brook bunuh diri kerana dia dengar aku nak beli ikan lain? .....

Apa pun, bersemadilah dengan tenang di dalam longkang belakang opis, Mr Brook....

Kesian .......ikan mati......tapi kesian tuannya juga......

Tue 11-Dec-2007 04:57
Posted by:Abah along  - [Link]
saya turut bersedih..huhuhu.. Tue 11-Dec-2007 05:35
Posted by:tini  - [Link]
Rasanya ikan tu nak ikut pi KL tapi dia tak reti nak habaq. Dia pun nak jugak jalan2 zoo ka, muzium ka..mana aci tuan dia dok hotel cititel tak ajak dia .
Adoii org sedih aku dok gelak pulak..
Tue 18-Dec-2007 18:21
Posted by:<<Man>>  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 4-Dec-2007 10:33 Email | Share | | Bookmark
Nasik Kandaq Kampung Melayu Penang


mintak kuah lebih sket...


mari semua beratur beli roti canai


periuknya besar.....

Entry yang dulu ada aku ceritakan nasik kandaq lauk daging kuah bawang lebih...ingat tak Layman? Pemancing ikan? Ushar?

Inilah suasana kedai bawah flat kampung melayu tu....... meriah dan penuh..nak shoot lebih2 pun susah...apapun anda semua digalakkan ke sana sendiri....dan merasai kesedapan nasik kandaqnya yang bagi diriku tiada tandingan................

laaa...ciannyerr, camner mr brook boley jd arwah?...x ckup mkn ke dia?? Mon 10-Dec-2007 05:02
Posted by:mamatt  - [Link]
Patah tumbuh hilang berganti.... Life will just go on regardless siapa pun yg tiada.... Pahit kan?
Layman baru beli Mr. Brook biru semalam RM1.50 seekor...
Mon 10-Dec-2007 06:40
Posted by:Layman  - [Link]
nie flat yang kat jeti tu ekk? bagan dalam tu ekk? Tue 11-Dec-2007 10:58
Posted by:4zee  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Sunday, 2-Dec-2007 09:40 Email | Share | | Bookmark
Horay horay hip hip horay



Ya..inilah saat pabila kepala berasa ringan mcm kapas..bila exam dah lepas...inilah masa untuk keluarga dan diri sendiri.... (tapi result tak tau la mendung ka cerah ka... ) yang penting aku dah free..... Januari ni baru mula semester yang baru.... masa tu kids pun nak mula sekolah...tak pa lah.... susah sket nanti senang banyak...(harap2 mcm tu lah...)

Semester januari ni menghadiahkan aku subjek yang mengerutkan dahi...... statistik (aduhhh) Kaedah penyelidikan perniagaan (subjek amenda la ni....) dan Organization Behavior ( yang ini ok..rasa mcm buleh score)

apa pun kawan2 sekalian (dengar sini orang kampung - ayat pinjam dari fp ushar) kini masa untuk gumbira...

yaaa bergumbiralah... marilah bergumbira kat jepun nie pulak... Tue 4-Dec-2007 04:43
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
parachute !!! teringat tragedi baru2 ni kat Langkawi .... kesian mereka ... anyways, tanhiah dah habis exam dan habis atu tension Tue 4-Dec-2007 07:57
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
statistik? fav subject aku tu masa belajar dulu.

tak susah sgt subject ni may. yg penting hang faham, ingat formula & cara nak guna, rajin buat latihan dan cekap guna scientific calculator. the rest... malaysia boleh!

Best of luck utk hang, ok. aku yakin hang boleh!!!
Thu 6-Dec-2007 02:55
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Wednesday, 28-Nov-2007 05:23 Email | Share | | Bookmark
Ilham Dalam Kelam Exam.....



Exam kembali menjengah hidupku.... itulah fasa dalam kehidupan penuh dengan pelbagai exam...dan kali ini aku akan menghadapi subjek yang gerun-gerun belaka.....namun aku cekalkan jugala hatiku ini....onak duri bakal menjadi hamparan baldu...sekiranya aku bertahan ketika ini dengan cabaran..... semoga dalam kelam ada ilham....

dan ini kata2 yang aku dapat dari forward mail yang sangat mencuri hatiku...

" Though no one can go back and make a brand new start,
anyone can start from now and make a brand new ending...."
thats what im doing now.....

wowww lampu ... Fri 30-Nov-2007 15:12
Posted by:korok  - [Link]
>> great idea...
>> cantik...
Sat 1-Dec-2007 17:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
All the best to you, suka la color tone gambar nie, I like the fade color... Sun 2-Dec-2007 08:16
Posted by:alchemist  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Monday, 26-Nov-2007 05:12 Email | Share | | Bookmark
Bunga Misteri



bunga ini sebenarnya masa aku kecik dulu lagi aku dok jumpa di tepi2 jalan...saiznya kecik lebih kurang mcm syiling dua kupang je tapi rupanya macam bunga raya....warnya pink comel sangat...dan buahnya ada duri-duri... dan aku panggil buah pulut...(lekat dekat seluar kalau jalan tepi dia)

hari itu aku ternampak dekat site...so aku ambikla gmbq ni..sesapa yang tau buleh la beritahu namanya.....

Pokok herba - Ada khasiat perubatan
Bijibenih pokok ni selalu lekat kat seluar kalau meranduk semak.
Boleh buat sukanika macam kata Layman.
Scientific classification:
Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Malvales
Family: Malvaceae
Genus: Urena
Species:
Urena lobata
Nama tempatan: pepulut, pulut-pulut
(nama saja tapi tak boleh buat tapai )
Jawapan macam ni boleh ke dapat GPA 4 flat
Good luck in ur examinations.



Wed 28-Nov-2007 07:45
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
Pokok herba - Ada khasiat perubatan
Bijibenih pokok ni selalu lekat kat seluar kalau meranduk semak.
Boleh buat sukanika macam kata Layman.
Scientific classification:
Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Malvales
Family: Malvaceae
Genus: Urena
Species:
Urena lobata
Nama tempatan: pepulut, pulut-pulut
(nama saja tapi tak boleh buat tapai )
Jawapan macam ni boleh ke dapat GPA 4 flat
Good luck in ur examinations.
Wed 28-Nov-2007 08:01
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
hello, maaf aku blh ikutan ga? Wed 27-Feb-2008 16:32
Posted by:rani
View all 12 comments Add comment


Monday, 19-Nov-2007 07:41 Email | Share | | Bookmark
Laman Web............



ramai di antara kita membina blog dan mempunyai laman web tersendiri...blog-blog ini merupakan satu kanvas, tempatkita mencorakkan dan meluahkan rasa hati...minda yang kreatif juga adakalanya semakin mantap di sini.... dan sekarang marilah kita berjumpa dengan laman web yang pertama.... hehehehe.... buat koyak buat koyak tapi dia tak pernah jemu kerna laman web itu lah dunianya...

cuba tengok..berapa mangsa yang berjaya dimumiakan oleh labah2 yang aku sendiri tak nampak menyorok di mana....




ini pulak angkatan kumbang yang tergolek di tapak projek...


Wedding photographer? Uiiii...jauh lagi tu....... Sat 24-Nov-2007 15:17
Posted by:Ushar  - [Link]
suka gambar kumbang tu. hehe Sun 25-Nov-2007 10:38
Posted by:ncipan  - [Link]
makin kreatif hang skang ni, may. Mon 26-Nov-2007 02:52
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 17 comments Add comment


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.