|
|
| Tuesday, 20-May-2008 10:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelancaran E-Karya...Novel Dan Cerpen
|
|
salah satu karya aku dalam berita harian.... dah lama..tgk tarikh nya
Rahsia antara kitahttp
Tengkujuh nama penaku
Alhamdullilah setelah bertungkus lumus dan berpening kepala akhirnya sistem untk menjual E-cerpen ku menggunakan sms dah pun berjaya... terima kasih rakan-rakan semua kerana banyak yang menyokong (dan kalau boleh mengorder e-cerpen dan e-novel ku...)
biarlah aku ceritakan serba sedikit tentang dirikku, aku adalah seorang penulis yang biasa2 je... aku pernah menulis di dalam majalah ujang dalam kolum Biarku sendiri masa tahun 90an dulu la,,,, aku juga ada menulis loghat penang dan kedah tapi untuk publish depa guna nama din beramboi mungkin nama tu lebih glamer berbanding nama pena aku 'tengkujuh; (* hanya sesetengah karya aku saja penerbit guna nama Din Beramboi bukan semua, byk lagi karya lain yang menggunakan Din Beramboi memandangkan dia adalah ikon untuk Majalah Ujang tapi bukan aku yang tulis. Aku takut nanti ada yang tersalah anggap ingat semua karya Din Beramboi tu aku yang buat)
dan di sini aku terangkan cara2 nak order karya aku mungkin untuk bacaan anak2 kita.
dan brang siapa yang membeli E-Novel aku yang bertajuk ' Rahsia dalam Rahsia' di dalam cerita itu ada tersirat nama sebenarku tapi dah nama pun rahsia maka nama itu tersembunyi (kena cari mcm puzzle) jadi siapa yang jumpa nama aku, aku janji bagi hadiah istimewa.
cara-caranya:
saya seorang penulis menjalankan bisnes menjual e-novel dan e-cerpen, untuk pengetahuan semua karya yang dijual ini pernah disiarkan dalam Berita Harian Minda Pelajar dan Didik. Mungkin ada yang terlepas dan hendak membelinya kini. Sebaik sahaja kredit dipotong, e-cerpen dan e-novel akan dihantar ke emel anda. Senangkan?
kategori : kanak-kanak dan remaja
cara pembelian mudah sahaja:
hanya RM3-00 akan dipotong dari kredit phone anda.
Untuk Novel Pendek Remaja (20 muka surat)
Taip : JUSTYPE DOC NOV <emel anda>
Contoh: JUSTYPE DOC NOV abc@yahoo.com
hantar ke 33886
hanya RM3-00 akan dipotong dari kredit phone anda
Untuk 2 buah Cerpen Kanak-kanak
Taip : JUSTYPE DOC CER <emel anda>
Contoh: JUSTYPE DOC CER abc@yahoo.com
hantar ke 33886
saya juga ada menjual E-novel remaja dan E-novel kanak2 bertajuk
- Rahsia dalam Rahsia setebal 75ms berharga RM6-00
" kisah ini mengenai seorang gadis bernama Ifah yang meminati dunia penulisan. Dia mendapati jiran barunya mirip wajah seorang penulis terkenal yang hilang tidak lama dahulu, siapa lelaki itu? Benarkah dia penulis yang hilang? Rahsia dalam rahsia.
- Aduhai Tom setebal 70ms RM6-00
" Kisah ini mengenai seorang kanak2 bernama Tom yang cacat tangan kirinya dan cekal menempuhi dugaan hidup.
sekiranya beli kedua2nya hanya RM10-00
BONUS: Beli keduanya dan dapatkan sebuah cerpen seram
cara pembayran, bank in RM10-00 ke
akaun CIMB: JUSTYPE ENTERPRISE 0213-00000501-02
selepas bank in atau dgn menggunakan cimb clicks emelkan butir2 bayran di bawh
emelkan ke : justype_ent@yahoo.com
tarikh
waktu
jumlah
supaya saya senang check.
E-novel akan di emelkan kepada anda dengan segera.
" Selamat Membaca"
terima kasih
JUSTYPE
wanna ask something? Justype
justype_ent@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-May-2008 03:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Im back! Tenggelam dalam keja
|
|
breakfast mabeles!
suasana laptop dan kerusi kunin
syampuuuuu
bilik yang kemas
beg yang wajib bawak balik
Baru hari ini aku berkesempatan menghapdet fp ni... dah bersarang semut, labah2, anai2 dan kongkiak (sapa tau ni apa?)
Aku ke Seremban berkursus...dan ini adalah antara gambar yang sempat aku rakamkan...makanan di sini memang mabeles... dan bilik pun mabeles jugak...sempatla aku merasa jadi orang kaya jap... kalau lama2 jadi kaya pun best gak
oh ya...untuk rakan2 tak lama lagi aku akan mula menjual e-cerpen kanak2 dalam fp ni...sesapa yang nak beli e-cerpen teladan untuk anak2 yang bersekolah rendah bolehlah order. Aku akan beritau caranya dalam next entry, pembayaran dilakukan melalui potongan kredit telefon. Hanya RM3-00 untuk 2 cerpen . cerpen akan dihantar ke emel anda.....aku yakin setiap orang dalam sini ada emel kan? Nama pun e-cerpen kenalah hantaq ke emel...
dan kali ini aku ingin membuat satu kenyataan..aku memang seorang penulis kecil di sudut dunia ini....pasai tu la pantang pokcik pemancing ikan buat entry yang memerlukan penceritaan aku akan cepat je enterframe..(pokcik selamat hari lahir.. ) dan aku mengharapkan sokongan dari rakan2 semua. Cerpen dewasa akan menyusul selepas ini....
Next entry aku akan tunjukkan cara how to place your order ya...apa pun enjoy la gambaq2 ni dulu...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Apr-2008 04:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Layang2 Terbang Melayang
|
|
memandangkan cuaca pun mendung saja maka dalam opis ni pun mendung gak la mood nak wat kerja (sambil dengar lagu Hujan), aku pun takdak foto baru..maka upload p lah gambar tak berapa lama ni....tapak projek yang bakal company aku bangunkan... aku jugak yang p ambik gmbr tapak....ishhh memang tak suka langsung tempat ni...dah la bos aku pun tak beli lagi payung kat aku.... wat terbakar kulit saja tapi apa buleh buat dia bos...aku ni cuma sayap kanan dia saja...issskkk isskkk
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Apr-2008 01:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DONAT
|
|
oleh kerana aku jarang menguploadkan gambar yang bersifat kejelitaan sehingga orang ingat aku ni bro..so hari ini ceng ceng ceng buat pertama kalinya aku upload gambar donat jangan tak tau bila Danishku makan apa dia kata 'Fuhhhh lebih sedap dari yang dijual," hehehhee just imagine that.... teringat pulak masa aku di penang dulu, masa tu tingkatan 1 aku dan mak aku buat kuih untuk dijual, satu hari aku buat kuih keria,cokbadak,lepat pisang,karipap, mee dan bihun goreng ..aku bangun 4.30 pagi untuk goreng kuih dan tidur 12.30mlm..kekdang aku tidur dengan tangan yang bertepung...ah...itulah mahalnya pengalaman yang menbentuk aku menjadi aku kini... ...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Apr-2008 04:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hati Batu? Kepala Batu? Batu belah batu bertangkup....
|
|
ini gambar lama edisi lye huat... semalam ingat nak shoot gambaq baru tapi tak dan....
gambar ni deretan pameran batu di lye huat yang ada pelbagai nama yang depa bagi kat batu2 di sini.. bila enter masuk dalam ruang pameran ni rasa mcm di jepun pulak...(mcm besa p sana aku ni)
aku akan ke N9 untuk berkursus ujung minggu ini....rasanya tak mahu bawak kamera pasai aku p dgn bas n kena pula carry laptop..namun atas nasihat kawan baik aku dalam fp ni aku rasa nak bawak jugaklah biarpun relah (bahasa kedah ni) bahu aku carry kedua2 gadget kesayanganku itu......next week buleh la tengok gmbr N9...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 03:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kisah aku dan penang
|
|
kenangan aku terlalu banyak di penang....
kerana itu aku ulangi sekali lagi penang terlalu dekat di hati...
lama sikit tak menghirup udara laut maka jadi tak keruan, hati bagai dipanggil2 pulang ke sana maklum la aku melalui zaman kanak2 dan zaman nakal di sana.... (nakal tetapi bijak heheheh)
dan masa di sekolah aku tidak seperti orang lain yang masuk persatuan puteri islam dan pandu puteri, aku masuk Karate Do...hehehheeh bukannya apa kalau masuk pandu puteri kena p ke hutanla berbaris la.... aku tak suka kena panas.
kenangan aku ketika latihan karate do...belajar mcm2 kick, front kick, side kick, back kick...dan cikgunya hensem juga ye sampai la masa latihan menendang...setiap orang kena menendang...dan syarat tendangan adalah atas dari tali pinggang, bawah tali pinggang tidak dibenarkan langsung. Maka bila giliran aku, aku tengok iskandar muka berkerut (lelaki xleh tendang perempuan, perempuan boleh tendang lelaki) bila aku tendang dia muka dia lagi berkerut...aduuhhh
tahun selepas itu ketika masing-masing dah meninggalkan sekolah aku terima kad raya katanya....
" selamat hari raya M...(nama aku) tendanganmu masih sakit sampai sekarang' hehehhehehe maafkan aku iskandar walau di mana kau berada. kita sahabatkan?
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 15:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kisah santai sebelum exam (lebih tepat kisah budak nakai.....)
|
|
inilah bunga yang terdapat di taman nostalgia budak nakai
pinang di pulau pinang?
dah cantik dah kolam di taman belia, masa aku sekolah dulu nak celup kaki pun takut.
yahuuuuuuuuuuuuuu
dan yang lebih best lagi kolam yang mcm hotel 5bintang ni free untuk orang awam yang umur 12 tahun ke bawah....
editing cara tak pandai
bermulanya alkisah sekolah menengah padang polo pada tahun 1990 (tarikh tak ingat) telah mengadakan acara merentas desa walaupun di situ tiada desa... maka tersebut alkisah selain daripada sekumpulan murid yang macam lebah tersesat itu terdapat satu kumpulan murid nakai (nakal) tapi bijak hehehehehee
Acara merentas desa itu sebenarnya nak merentas sampai ke Taman Belia (youth Park) tetapi nak sampai ke sana ada 2 -3 jalan ada satu jalan naik bukit, ada satu jalan melalui kubur bersalib, satu lagi jalan naik kot waterfall...maka dah namapun budak nakai dan menurut ckp ketua geng, maka depa 3 org ni ikutlah jalan kubur...kubur tu punyalah luas...... hat zaman francis light pun ada...tah macam mana timbul pulak akal pada ketua geng tu nak ambik gambr dengan batu nisan....ishhhh..... disetujui pulak tu oleh kunco-kunco2nya... maka mereka pun berpecah nak cari batu nisan yang ada gambr terhensem..... tiba2 ketua geng yang jumpa satu batu nisan yang ada gambr zaman mcm p ramlee yang tertulis 'Dr...' huii doktor tu dan hensem juge ye (pinjam iklan TM) so mereka pun bergambar dengan gumbiranya lepas tu posing pulak dekat pokok kemboja dengan menunjukkan tanda peace..... lepas tu mereka pun berjalan ke Taman Belia dan sampai lambat...... namun itu lah orang ckp jangan main2 ......kamera itu hilang tanpa kesan walau dah bawak balik rumah....dan salah seorang kunco tu demam panas tapi ketua geng maintain sampai hari ini......dan terus meneruskan kenakalannya sampai ke tingkatan 5...dengan mengambil gmbr rakan sekolahnya di Jirat Ca Ya Nun Alif pulak.....ishhhhh mcm mana aku boleh tau semua ni....errr....er......
moralnya ialah
1) jangan buat mcm ni biarpun mereka berlainan agama, tak elok kita buat macm ni.
2) Ketua geng dah insaf tak buat dah mcm tu
3) jangan lawan ckp cikgu , kalau merentas desa ..merentas desa saja....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Apr-2008 08:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Suiz Semangat
|
|
entry untuk esok 'Kisah Budak Nakai ' tunggulah kehadirannya di skrin PC anda
perang akan bermula tidak lama lagi...................addddddduhh
takpa semangat mau ada, tawakal jangan lupa, doa setiap masa....
Insyaallah kita tidak akn dihampakan.....
oleh itu tengok lah gambar yang tah hapa hapa ni.....
[quote]
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Mar-2008 02:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
satu catatan haiwan kecil
|
|
apa punya tajuk...
ini yang aku shoot masa di tapak.... selain dari menghitamkan kulit ini la yang boleh dilakukan...
Ni dialog aku dengan bos
" bos saya nak mintak elaun la mcm ni, selalu kena p site kulit saya dah terbakar kena matahari....saya tak tahan panas,"
" Tak apa...nanti saya belikan awak payung," dengan selambanya bos aku kata.........issssh bos ni....
semoga ada yang suka entry aku kali ini.............
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Mar-2008 07:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan Ke Baling
|
|
kalau sakit gigi buleh le cuba
menanti customer
Kalau Sakit Janganlah Jeling
Sudah Parah Ubat Di Makan
Sakit Gigi Diubat Apek
Mari Ikut Ke Pekan Baling
Ke Pej Tanah Membuat Carian
Carian Rasmi Untuk Projek
ishhh apakah pantun itu? Ganjil sungguh bunyinya, hari ini aku ke Pekan Baling pasai kami ada projek di sana, dan kali ini aku berkesempatan merakamkan gambar yang telah lama kuidamkan iaitu gambar kedai tukang gigi cuma tukangnya tak ada....tu yang aku terkilan sket.....
dan kucin itu pula ada di atas bumbung kedai runcit ketika aku berenti beli air soya ...
|
|
|
|