Want your
own Fotopage?











 


By: Maylique Maylique

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Jul-2008 02:43 Email | Share | | Bookmark
Tah Hapa Hapa Tah



nama dia flower, dia pernah datang dulu menghiburkan kanak2 dan kali kedua dia dijemput lagi...aku pun bukan ada apa sebenarnya nak letak kat sini tapi dah ada masa terluang tu masukkan ja la gmbr dia ni....

sebnrnya aktiviti bulan 7 ni pack betoi....masa terbang dengan pantas, sedar2 dah lebih dari setengah tahun dah ni..... tapi 2008 ini memberikan impak yang sangat besar dalam idup...aku banyak merancang untuk hari tua, aku lebih banyak bertenang....member aku kata aku ni cepat 'terbakar' dan jangan ada orang cari pasal dgn aku ....betoi ka....dak kot aku ni kira dalam golongan bertenang tenang di air ni.....

Biar apa pun kau nak buat aku tak peduli dan tak perlu peduli
Update fp tetap mesti

POKOK GONCAR TEPI SAWAH
POKOK KANGKONG DALAM SUNGAI
APA KAU NAK BUAT AKU TAK KISAH
UPDATE FP JANGAN DITINGGAI
KALAU TAK MAU KENA PUNGGAI
Sat 5-Jul-2008 02:26
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
REVOLUSI PENDAPATAN TANPA BATASAN

Testimoni :

“Semenjak saya join bisnes ni…. Alhamdulillah, credit card saya selesai dan saya tiada lagi tunggakan sewa rumah dan kereta” -Encik Yan

“Saya masih bekerja dan dengan RM45 yang saya dapat setiap hari dari setiap pelanggan, lepaslah duit makan saya sekeluarga dan petrol” -Encik Zam

:: kami tidak janjikan RM1,000,000 tetapi cukuplah sekadar kebebasan kewangan ::

mesti klik http://1stlot.com
Sat 5-Jul-2008 02:28
Posted by:VD hazwanabu@yahoo.com
kalau dah dipikir mcm tu, sampai bila pon takleh gi bercuti..ke pulau, ke pantai, ke awan bagai.... Mon 7-Jul-2008 01:23
Posted by:cak  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 1-Jul-2008 02:39 Email | Share | | Bookmark
Kerengge , Daun dan Aku......



sebenarnya ini gambar lama....aku pun tak tau nak letak gmbr apa..bila terpandang gmbr kerengge ni aku pun pick sajalah....bulan ini bulan peperiksaan muncul lagi aku ada 2 paper...

Professional Ethics
Keusahawanan

dan masalahnya sekarang aku ni tak baca apa lagi pun inilah penyakitnya kalau mengaji masa dah tua..tapi tak pa aku akan teruskan jua kerana ini jalan yang aku pilih dan aku tidak pernah menyesal....aku cuba mengharapkan sinar ada di depan sana dan menjadi satu contoh untuk anak2ku

kerengge kena skodeng punggung Thu 3-Jul-2008 12:26
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
err...dah tua kah..hehe.
janji semangat dan iltizam tu ada, tak kira la tua ke muda ke warga emas ke..
Fri 4-Jul-2008 01:20
Posted by:cak  - [Link]
mengaji masa tua, kelebihan anda ialah orang tua lain makin malas nak mengaji.....

Entryku kali ini

Petang-petang mengaji Al Quran
Mengaji bersama rakan dan taulan
Kalau tidak baiknya asuhan
Tidak adalah surah hafalan
Fri 4-Jul-2008 02:01
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 02:19 Email | Share | | Bookmark
Demi Rindu Ini


ini bunga rumpat rampai yang lama bertebas


aku tak tau ni bunga apa, rasanya boleh buat ubat kot pernah tengok dlm majalah


serangga kerdil di kaktus kaktis


Cuti hujung minggu...sebenarnya tak cuti pun ..aku ada kelas sabtu yang lepas...
dan seperti biasa bila aku pakai baju kurung ke kelas sah sah kena gelak.... hehehehe aku pun gelak gak....
antara komen2 yang akan berkumandang tanpa segan silu walaupun tutor tercegat di dpn adalah...

1) Eh mana jeans? dah jual kat bundle ka?
2) Amboi ayu nampak hari ni... ni mesti nak p makan kenduri.
3) Wow you look different today.... pretty. (hehehehee kena puji syok la, cuba kalau kutuk)

tapi besa la usik mengusik, bukan apa depa besa sangat tengok aku p kelas dgn jeans n t shrt bila tengok baju kurung masing2 terkoma la sat.

lepas tu bila aku balik adik aku transferkan satu lagu ke hp..... lagu ni benar2 mengusik perasaan kerana inilah tajuk novel aku yang ke 2.. DEMI RINDU INI

liriknya bagiku amat puitis...

DEMI RINDU INI

Terjaga dari lena
ditusuk sejuk kota
untuk aku mengingatimu
sudah sekian lama aku lupa padamu
kau dan aku
akan bertemu
Terasa hangat rindu di hati
mungkin kau pun begitu
Bagaimana harusku lakukan demi rindu ini
Aku harus dihukum
dengan cinta demi rindu

Kau maafkanlah aku yang ingin bersamamu
Hidupku penuh dengan gelora
Aku harus dihukum
demi cinta
demi rindu

Kau maafkanlah aku yang ingin bersamamu
untuk hidup yang penuh dengan sayang
dan rindu.................

lepas tu enjoy le gambar2 yang aku shoot di laman rumah selepas boring balik dari kelas...

# kalau besiang tak nampak macam ikan puyu dah. Ini edisi khas supaya warga fp tak tanya dah ikan apa tu
Kalau pi kedai mamak pun dia lempar ketam sekor2 dalam kuah kari
Tue 1-Jul-2008 02:11
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Terima Kasih...Saya MPR 2000. Prof Rahman Shaari dah pun terima anugerah Sea Write Award dari kerajaan Thailand. Hebat beliau... Tue 1-Jul-2008 02:50
Posted by:syaidul syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
Aku dok terpk Mayqlique...masa bila hang dapat idea tuk mengarang novel, cerpen and sewaktu dengannya??? Aku try gak nak menulis..aku banyak pengalaman..perjalanan idup aku pun agak unik..tapinya bab menulis ni aku tak kesampaianlah... Sun 6-Jul-2008 04:45
Posted by:Rose  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 26-Jun-2008 13:32 Email | Share | | Bookmark
Mari Berjumpa Dengan Tuan Tanah


baju pakai p motong


gambaran yang biasa kita lihat di kampung...


kuih-kuih n pinggan itam namun bukan angsa itam


tengoklah betapa sempoinya tong surat ni..ikat dgn straw


rokok daun takdan balut

pernahkah kita pikir selama mana imej2 ini akan kekal dalam kehidupan kita? 10 tahun? 20 tahun?





Maka seperti yang dijanjikan aku pun mengikuti bos aku berjumpa dengan tuan tanah, tapi aku silap kerana bukan nak pajak tanah tapi nak sewa tanah depa untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit jadi jumpa ni bagi duit sewa la... seperti biasa aku la fotograper yang tak bertauliah ni kena ambik gmbr dan seperti biasa juga aku mencari gmbr2 yang boleh dihapdet dalam fp ni..reputasi kena jaga gak kan? hehehhhee

Maka ini lah bagi pendapat aku sudut2 yang biasa kita lihat di kampung.... wajah2 yang mesra di ingatan kita,..baju p motong getah, pinggan bunga itam....tiba-tiba aku rindukan suasana kampung ketika tok wan dan maktok aku masih ada...........

sooo nostalgik.
re: mmg hidup kena riang, tp mcmana kalu emosi tidak mahu??
Sat 28-Jun-2008 09:45
Posted by:cak  - [Link]
suka sgt tgk pic kuih muih dlm pinggan bunga hitam tuh.. teringat kat kampung.. Mon 30-Jun-2008 08:20
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Tengok pinggan bunga merah tu..sama je macam kat kg aku tu Maylique..ce kau tengok entry aku kat kampung..ada jeruk maman..cuma beza warna bunga kat pinggan mak aku tu warnanya merah... kau dah lawat kg aku ke belum Maylique?? hehehe kau ni mang unikla ambik gambar tak macam orng lain...semuanya ada simbolik yang tersendiri..tersurat dan tersirat...daun rokok..dulu arwah tokki aku mang jual daun rokok kat orng tengah....ruginya aku...tak tau pun cemana rupa pokok daun rokok ni..dah la rugi tak ambil tau...menyesal pun tak berguna dah...tokki dah takde!! Sun 6-Jul-2008 04:40
Posted by:Rose  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 24-Jun-2008 09:25 Email | Share | | Bookmark
Bunga-bunga wangikah dia?





bunga ini aku rakamkan ketika di Taman Rama-rama Penang. Bunga apa pun tak tau tapi kelopak dia mcm jantung pisang punya skin..sapa tau angkat tangan.


ini pula bunga kemboja tunggal yang terdapat di site aku, bersesuaian dengan konsep kesedihan bunga ini juga 'sesorang; di laman yang fana itu....


bunga jenjarum ini pun di site... ishhh aku je yang asyik ke site..tensen aihhhhhh

tapi nak buat cemana? selalu bila p site balik2 aku jugak yang kena mana orang lain tak jeles...

DIALOG HARI INI

" may, khamis ni ikut p Baling..."

" Baling boss? errr..." dlm hati seronok pasai buleh jalan-jalan p baling beli jeruk kelubi.

" Awak ikut saya p Baling sebab saya nak serahkan duit pada pekebun2 kecil kelapa sawit yang pajakkan kepada kita tu..."
(habis yang aku kena ikut kenapa lak? dalam hati)

"saya rasa elok le kalau ada wakil orang melayu dari syarikat kita ni... dan saya nak awak ambik gambar ..."

huuh penjelasan terakhir tu memang menarik...dan aku terbayangkan Baling. So khamis ini aku akan meluncur ke Baling dalam kereta besar itu yang tertulis BMW...merasa la sat jadi orang kaya.
Quote:
Quote:
Quote:

bunga kemboja tunggal tu menarik....kompisisi nyer best...nampak langit biru.....nice shot sis Sun 29-Jun-2008 10:56
Posted by:4zee sanpeng2000@yahoo.com.sg  - [Link]
bukan aper sis...saya dah lama gak tak hapdate page saya nie...skali member pejabat di wilayah timur (syaidul azam) tanya saya biler nak hapdate.....tu yang saya kembali hapdate dan singgah page kengkawan...huhuhuh Mon 30-Jun-2008 11:32
Posted by:4zee sanpeng2000@yahoo.com.g  - [Link]
UNik bunga macam kulit jantung pisang..ni lah first time aku tengok!! Sun 6-Jul-2008 04:32
Posted by:Rose  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 08:16 Email | Share | | Bookmark
Angsa Itam Cerita Kayangan






Entry kali ini bagaikan kesinambungan entry Pokcik Pemancing Ikan yang menghapdet angsa kampung maka aku hapdet angsa itam pulak...black swan ni...menawan lenggoknya, berenang di air dengan gaya menyentuh sukma.... apa apa pun ejoy lerr...aku dok pening nak siapkan asigment ni.... hissshhh nampak gaya mlm ni jadi burung hantu siapkan asignment. ini lah masalhnya masa awal mcm tak dak benda nak buat bila dah dekat2 baru la kelam kabut...

" Wei hang dah siap ka asignment?"
" mana siap lagi, awat?"
" kalau siap emel mai sat aku nak copy..."
" huih mana buleh, nanti tutor tau...."


inilah dialog yang selalu muncul kalau dekat2 nak submit

ku rasa kamu ni mmg kretip... aku pon nk jadik sorg yg kretip, tapi bagaimana??? aku pon usha2 fp org2 yg kretip...cth: kamu laa.... Tue 24-Jun-2008 05:53
Posted by:mamamiera  - [Link]
Tak kan photograhic memory = cut and paste
Bahasa Malaysia = potam = potong + tampal
Bahasa Cina wa tatak belajar lo
Tue 24-Jun-2008 06:54
Posted by:Pemancingikan  - [Link]
comel pulak angsa itam ni.. agak2 garang tak mcm angsa kampong tu Tue 24-Jun-2008 08:47
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 01:44 Email | Share | | Bookmark
Mata Ikan & Kemboja Lama

khas untuk Pokcik Pemancing Ikan
yang selalu mencabar aku kalau tak hapdet


sebenarnya aku tak ada gmbr baru yang nak dishare kan...so geledah2 komputer opis ni ada la gmbr mata ikan...aku dengan mata ikan ni memang xleh pisah punya...kalau kari kepala ikan haaaahhh jangan sapa nak curik mata ikan itu...merajuk pun sanggup wooooo...boss aku pun dah tau dah kesukaan aku, memang takdak sapa yang berani kacau dan selalunya mata itu aku akan makan yang last bukan apa nak enjoy keenakannya



ini pulak bunga kemboja...lama gmbr ni ada dlm simpanan, aku pernah dah upload dlm fp ni tapi aku ada edit...yang ni aku tak edit....raw n sweet.
aku sangat suka dgn kemboja....ia merupakan bunga indah yang melambangkan kehilangan, kesedihan, kesepian antara yang pergi dan yang ditinggalkan..... biarpun cantik dan wangi ia hanya menghias kuburan.... tapi la ni ramai dah yang tanam di laman umah terutama kemboja yang pink ni....


P/S: MInggu ni aku kena submit assignment tapi satu hapa pun tak siap lagi...aduuuhhh biasanya sehari sebelum submit baru idea nak mai....

kereta - mata belalang...
masakan - mata kerbau
mata ikan kat mana pulak ya?
Mon 23-Jun-2008 01:53
Posted by:<<man>>  - [Link]
# Mai cek mai. Kesian anak pok cik ni lama tak tengok laut. Pok cik buat pelantaq lagi atas laut untuk cek berkarya Mon 23-Jun-2008 06:17
Posted by:Pemancingikan  - [Link]
tumpang letak iklan ye... TQ..

T-shirt Muslimah:
-->>100% combed cotton (good quality material), nice and neatly embroidered, simple but comfortable, suitable for busy moms, students, can be worn during recreation, and "menutup aurat".

Tengok kat sini:
http://synchrosynergy.freehostia.com/tshirt.html
Mon 23-Jun-2008 08:07
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
Sisi Lembutku ....








Aku jarang mempamirkan 'keretian aku' (ada ka ayat ni-reti tak reti, ok lah tu) dalam masak memasak... semalam aku MC sebab panas badan mungkin kerana seharian di site menyebabkan aku demam teruk dan kaki sakit...ligamen lari.

Dan apabila terperap saja di rumah,ada pula oren, check dlm peti ais kecik yang aku buat gobok menyimpan tepung,kelopok,gula,megi. Setelah di check ada pun tepung naik sendiri dan dlm peti ais besaq ada pulak butter ...jadi aku pun merajinkan diri membuat kek oren ini...pasai anak2 and hubi suka makan kek ni..... tapi aku tak le sepandai rose, mama fami, mak lang azie, rin chan....

boleh le setakat nak menayang kat kawan2 di fp ni yang selalu menganggap aku ni BRO...hehehehee

2 ketul kek pun tak habeh2 lagi Fri 20-Jun-2008 22:48
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
oooooo...padai buat kek rupanya ye....elok le tu....... Sat 21-Jun-2008 15:01
Posted by:Abah Along  - [Link]
cicah dgn teh o panas ... mmg best! Sat 21-Jun-2008 20:24
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 13:34 Email | Share | | Bookmark
Its Gonna Be Me!


Copy from Cak
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

Alamak kena tag
dan inilah kali pertama aku akan mengambil bahagian dan aku sendiri tak paham sebenarnya tag mengetag ni,,,,takpa aku cuba
mengikut CAK Comel kata kena list 7 perkara yang mengenai diri sendiri....aku cuba ya


aku tak dan nak edit
PERTAMA

Aku tidak boleh makan pedas sebab aku akan rasa tak termuntah dan tidak berselera makan. Maka kalau makan megi aku kena makan dengan sos tomato.

KEDUA

Aku seorang pelindung dan fighter. kalau sesapa yang buli adik aku dan kini anak2 aku maka orang itu memang cari nahas! kiranya aku di pihak yang benar aku akan fight (itupun kalau orang tu jenis tak reti berbincang lerr)


KETIGA

Aku telah biasa dianggap Cina mungkin kerana wajah dan kefasihanku berbahasa mandarin.
Kenangan lucu ketika aku berusia 14 tahun ke Cameron Highland, si penjual limau tanya aku
'sudah lama masuk Islam?" pasai dia ingat aku Cina.


KEEMPAT
Aku selalu reward diri sendiri kalau berjaya buat sesuatu, walaupun sekadar membeli barang kecik tapi aku tetap reward diri aku (alasan untuk menghabiskan duit le tu)


KELIMA
Aku seorang yang sangat attached to TV...jangan tak tau esok nak SPM malam ni aku masih tengok TV pasai tu result aku pun ala-ala cukup makan saja
La ni pun sama gak, kalau tak p mana2 aku lebih senang lepak dgn family tengok TV,DVD


KEENAM
Selalu jadi tempat rujukan adik2,kaum keluarga pasai depa kata aku ni kamus bergerak...otak aku jalan ja....


KETUJUH JENG JENG JENG

Aku seorang yang kreatip, pasai masa aku 6 tahun aku telah mengambil 6 bijik telur ayam dari reban tok aku untuk buat eksperimen buat kek dengan pasir.... kreatip yang menyebabkan aku kena la piat dengan jayanya.....hehheeehhee dan yang paling kreatip aku suka makan roti dengan durian dan cheese.

dan 7 orang yang aku akan tag ialah

http://usharushar.fotopages.com/
pasai dia ni lawak orangnya .... gambar dia pun dasat. Masaka kamera mahai....

http://mamatt.fotopages.com/
dia kreatip

http://norhazlan.fotopages.com/
ini rakan baikku di alam cyber

http://shahrose76.fotopages.com/
aku rasa kami ada kemisteri...memang misteri

http://pemancingikan.fotopages.com/
ini pokcik yang kalau aku jadi YB mesti dia angkat sepanduk sokong aku!

http://ijulabi.fotopages.com/
oh... orang ini sungguh berbakat

http://onealienz.fotopages.com/
ini cikgu Mat Duan yang sangat ku hormat disebabkan kepakarannya .....


maka ini lah senarai orang yang kutag



hehehe, kene tag gak ye...
by the way, makan roti dengan durian? you mean pulut durian ek? huhu best tu...
Tue 17-Jun-2008 09:31
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
Maylique ...kalau ikut rules aku tak boleh di tag oleh hang coz hang di tag oleh Mr Alex Azlan kan...kalau betul hang kena ambik duit afghan dan tepek kat fp hang..itu yang patut di buat..pastu aku yang tag Mr Alex Azlan..maknanya assingment hang tak betui ni...pastu hang kena cari replacement aku..then kau kena beritau orng2 yang kau tag tu ambik pulak duit yang kau tepek kat fotopages hang if kau nak meneruskan duit tu di edar kalau tak kau create rules lain.. ......hang nak tengok tag aku ...hang masuk umah aku hang p kat sebelah kiri cari my entry ..tag click kat situ tengok aku buat tag cemana ..aku pun mula2 pening tapi sifu Aimi aku yang terangkan..barula clear hehehe Fri 20-Jun-2008 10:32
Posted by:Rose  - [Link]
salam.............

rajin dan sabar tangga kejayaan
Sun 22-Jun-2008 07:59
Posted by:awangje  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 00:27 Email | Share | | Bookmark
Kerana dua sebab


adik aku sedang bergaya ala model


adik aku dok main cak cak


inilah az zahra kusayang


heheheh comel kan?


masa ni dia baru je lahir


maaf semua
kerana fp ini telah menjadi sarang labah2 ...

ada dua sebab utama

PERTAMA

pada 30 mei 2008
adikku telah melahirkan seorang baby perempuan yang tersangatlah kiutnya
dinamakan alesya Az Zahra.....

KEDUA
dan pada 31 mei 2008
adik aku yang lagi satu pula mendirikan rumah tangga dengan jejaka idamannya...

jadi bayangkanlah kekalutan itu...namun sempat juga gambar mereka diabadikan...enjoy ye...
takleh tulis panjng2 aku kena keja hari ini wlaupun off day...

bersarang...? sama-lah kita.... br jer update! mai ler tgk telatah my 3A nie blk kg!

cantik adik awak, maylique! tapi... tak nampak cam chinese look? ker... awak diff sikit dr yg lain? Al-hamdulillah... selamat. Comey betul Az-Zahra awak nie! nak tau ngaper die comey? coz... orgX2 yg lahir bln May nie... err! mmg kiut-miut mcm I.
Thu 12-Jun-2008 07:02
Posted by:admansyah  - [Link]
ada adik tak habag noooo.... Sat 14-Jun-2008 14:15
Posted by:toshaphotography  - [Link]
assalamualaikum,kalau adik cantik mcm ni,misti kakak pun cantik wooooo...Mak Teh mai dari rumah Rose..terlihat nama yg unik..terus Mak Teh klik...Mak teh ni x tidoq sbb nak tunggu mkn soq..isok nak posa...apa lagi ,bloghopping la....dok Penang tang mana?ta ta Tue 12-Aug-2008 18:12
Posted by:Mak Teh  - [Link]
View all 17 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.