Want your
own Fotopage?











 


By: Maylique Maylique

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-Oct-2009 02:19 Email | Share | | Bookmark
Ampunkan aku di bulan mulia.......

 



Rindu semakin mendesak..betapa lama aku tidak menulis....dan berfoto (adaka ayat ni)

Sesekali aku bernafas dan ingatan berlari mengenangkan fotopages yang tidak berupdate. Jangankan sawang, rasanya beruang panda pun dah buat sarang dlm fp aku ni......bukan aku tak ingat kepada kawan-kawan, bukan juga aku hendak menyisihkan diri namun waktu yang menjerat kekadang membuat manusia seperti aku ini tersekat nafas...

insyaallah..selepas ini aku akan aktif semula kerana.....ceng ceng ceng aku telah membeli sebijik kamera dapur yang 2nd hand jadi tak lah leceh nak mengusung kamera aku yang besar itewww untuk ke sana ke sini..... maka dengan ini kawan2 mai baca dialog ku dengan sahabar terunggulku di dlam dunia tenet ini...partner in crime aku Jasmeen....

aku (01/10/2009 10:49:18): meen aku beli kamera dapur satu
aku (01/10/2009 10:49:19): hehehehee
meen (01/10/2009 10:49:35): 599??
aku (01/10/2009 10:49:43): tak la aku beli 2nd hand je
aku (01/10/2009 10:49:45): 200

meen (01/10/2009 10:49:53): apa brand?
aku(01/10/2009 10:49:57): olympus
Meen (01/10/2009 10:50:04): sama aku nyer
aku (01/10/2009 10:50:09): 4mega pixel je jadi la
meen (01/10/2009 10:50:10): bape mp?
aku (01/10/2009 10:50:14): senang masuk poket
Meen1/10/2009 10:50:15): samaaaaaaaaa
Meen (01/10/2009 10:50:17): mueheheheh
aku (01/10/2009 10:50:18): malas nak usung
aku (01/10/2009 10:50:21): yang besor tu
aku (01/10/2009 10:50:26): kalau bukan function
Meen (01/10/2009 10:50:28): kalo x update gak fp, tatau la
aku (01/10/2009 10:50:59): sat aar
aku (01/10/2009 10:51:02): aku tunjuk gmbor
aku 01/10/2009 10:51:40): tapi kan
aku (01/10/2009 10:51:46): nanti gmbr besa besa je
aku (01/10/2009 10:51:53): tercalar lak imej maylique aku
aku (01/10/2009 10:51:54): hehehehehe
Meen (01/10/2009 10:52:04):
Meen (01/10/2009 10:52:08): elehhh (masa ini aku tunjuk gmbr kamera kat dia)
aku (01/10/2009 10:52:19): itu le kamera nya
Meen (01/10/2009 10:52:21): hahah
Meen (01/10/2009 10:52:24): sebijik akunyer la
Meen (01/10/2009 10:52:27):
aku (01/10/2009 10:52:34): hehehehe
Meen (01/10/2009 10:52:37): mmg betoi kamera dapo nama dia
Meen (01/10/2009 10:52:46): aku dpt free dulu
Meen (01/10/2009 10:52:48): kuikui
aku (01/10/2009 10:53:54): memang kita ni sejiwa kan
Meen (01/10/2009 10:54:01):
aku (01/10/2009 10:54:10): kalu anak nak guna pun aku tak ralat sangat
Meen (01/10/2009 10:54:11): eh...lawo gak ooo...guna kera tu
Meen (01/10/2009 10:54:15): kamera*
aku (01/10/2009 10:54:17): ni nak kasi yang beso
aku (01/10/2009 10:54:20): aduuh

itu la dialog aku dan jasmeen..... untuk peminat peminatku yang lain (minat ke?hehhehe) pakcik pemancing (orang yang paling banyak mengingatkan aku supaya update),shahrose(wanita pembekam tersohor di kawasan utara sehingga thailand) ,intan,man kacamata,salleharon (auwww tak kuasa),orang yan...dan ramai lagi nantikan aku buat comeback ya......................i lap u all


salam cantik. ingatkn kita sorang bertapa, rupanya ada yg berhibernasi lg lama
ni pun kekdg tgu ada masa & mood br leh update
tk kisah le kamera apapun janji updatekn.
ok hope 2 c soon here
Mon 5-Oct-2009 08:08
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
salam kenal tuk cantik.....
nampak komen cantik kat dlm fp salleh....... terpesona
dek komen cantik tuk salleh........ jadi log on masuk fp
cantik lak... sambil imbas publish cantik yang lama2 nyer...
nampak baby comey........ 1st day stil dlm baby court...
mgkn boleh tunjuk cam ne baby tu skrg yer....
semakin comey, semakin gebus,,, semakin montel ke....
ermmmm.... jom singgah umah nani bila cantik senang...
Tue 6-Oct-2009 06:30
Posted by:Jassnani  - [Link]
Welcome back...kamera apapun tak kisah janji rajin update. Baby apa khabar Tue 6-Oct-2009 06:48
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 16-Mar-2009 08:43 Email | Share | | Bookmark
Sakura Sakura cantikkah beta... berakhirnya 1 minggu yg panjang

 
 




Musim bunga tiba lagi...musim bunga ....bunga ni apa nama tah tapi budak2 opis panggil sakura...ala ala kat jepun gitu... ni yang aku shoot dkt sekitar umah aku....dan diberi sedikit editing yang ntah hapa-hapa. bunga ini juga mengembalikan nostalgia di shah alam....15 tahun lepas....
ada satu bulatan berhampiran pasar seksyen 6...pokok ni adalah depa tanam dalam bulatan, bila berbunga lebat dan bunga2 berguguran aduuuhhhhhhh nampak best sangat... dan aku mula memasang angan2...aku nak jadi pekerja majlis bandaran shah alam supaya aku boleh tidur di bulatan tu disirami bunga2 yang berguguran disapa angin tanpa orang kata aku ni orang gila (pasai aku kan pekerja majlis) tapi angan2 itu juga diketawakan rakan2...depa kata aku gila biarla kurang2 aku tahu nak menghargai akan indahnya bunga2 itewwwwwwwww

minggu lepas merupakan minggu yang panjang, aku terlibat seminggu direct dengan pameran yang turut menyumbangkan kesakitan urat2 seluruh badan. aku ingat nak ambik cuti la ..penat.

dan minggu lepas juga miggu untuk hntr assignment yang mengugat kesabaran, minda, jiwa dan raga...namun aku berjaya jugak siapkan ...phewwwww
satu yang pelik pasai asgmt ni..masa 3 bulan dok ada tak gaduh nak buat, last minute baru la idea nak mari...heheheheheee

insyaallah berkat kecekalan dan kekuatan makan broni yang diberikan oleh meen hujung tahun ni tamat la pengajian aku... Plan dalam kepala ni memang banyak.....harap2 menjadi...

apa pun enjoy la gmbrku yang tidak seberapa ni.........nak janji hapdet lebih kerap tak mau la kan....tapi aku akan usaha ya.....



Masjid muzafar dgn masjid abd rahman tu tempat Pak chik lepak banyaklah juga malam tahun sudah dan biasanya diakhiri di Masjid Taman Ria. Masjid simpor tu belum la lagi sebab makan sok tak dijamin. Nak ketuk rumah maylique pun tak tau yg mana satu. Lepas tu tak pernah tengok rupa pulak tu. Kalau kat SP tu kedai mamak dibuka 24 jam dengan layanan paling istemewa. Nasi kandar Kg Melayu tak pi pekena lagi ka Tue 8-Sep-2009 04:16
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
salam cantik. apa habaq?
sunyi sepi je rumah lama tk update
selamat berpuasa buat cantik & famili
Tue 8-Sep-2009 05:13
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
Selamat berhari raya. Pak Chik nak pi rumah Sat 12-Sep-2009 23:34
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 48 comments Add comment


Tuesday, 3-Mar-2009 05:25 Email | Share | | Bookmark
Broni ku Broni Ku jua.....

Ya dengar sini orang orang kampung...
dengan bangganya aku mempamirkan bronis pemberian rakan baikku di dalam arena fp ini sebagai upah dan tanda penghargaan terima kasihnya padaku kerana aku telah membantunya membuat langsir baru untuk promosi broninya......

untuk sesiapa yang sudi silalah melawat fp dia
http://jasmeen.fotopages.com
gerenti sedap
sapa2 yang nak tengok hasil rekaan tag baru aku untuk jasmeen pun boleh la melawat ke fp dia ek...


saje je aku letak hp yang menghubungkan aku dengan jasmeen masa dok menonton Anak Betong dalam sesi kritik mengkritik hehehehehe dia pun dok panggil aku malika pasai aku dok tiru cara Malika...


nyum nyum nyum aku dah makan bahagian yang hilang tu


Untuk Jasmeen aka Mie.....hehheee terimakasih sangat sangat
I lap U

Mekaseh Mie....Ye mie.....Baik mie......


saje la tu buat aku jeles.... walau aku blum order kek dari kak meen...aku tau kek dia sedap...kek ke cc ke brownies ke mang sedap...cuma aku je tak buat...tak reti pun .... Mon 16-Mar-2009 03:35
Posted by:Shahrose76 shahrose76@yahoo.com  - [Link]
Mana daaaaaaaaa??? boring rrr tgk bronis nih....ltk la gambo Shah Rukh Khan kaaa....baru ler teruja aku nak mai umah hang... Mon 16-Mar-2009 04:54
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Pak chik suruh Jasmeen cakap kat Maylique bahawasanya telah diturunkan tirai lama itu kerana tukang rekanya juga dah lama tak update Mon 15-Jun-2009 06:27
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 3-Mar-2009 03:50 Email | Share | | Bookmark
Asslamualaikum semua...

 
 
 



















Alhamdullilah setelah menamatkan persilatan jurus pelangi langit 19 maka aku pun kuar dari pertapaan....heheheheheheheh dak aihhhh sebenarnya kan PC aku kena 'uncle virus' yang besar dan berkuasa punya...maka aku dilantik oleh kawan2 untuk mempengaruhi bos membeli 'Auntie Virus' yang berlesen..dan sepeti biasa aku berjaya...setelah diinstal anti virus yang berwibawa ini maka aku dapatlah menghapdet fp seperti sediakala......

Ramai dah yang bertanya kenapa aku tak hapdet kan...tapi koleksi gmbr pun tk banyak sangat. Gambar ni aku baru je snap kat site tadi...dah bos suruh p ambik gambar...ini je la yang ada kat tapak.balik edit sket2 buleh la hapdet...nak boh gmbr belimbing buluh tak dak kat site tu.....bangla ada la....

Oleh itu selepas ini kita akan berfp seperti biasa....yeeehaaaaaaaaaa

ptut arr lama menyepi... Thu 5-Mar-2009 20:08
Posted by:adett  - [Link]
tengok kemboja..ingat pulak kubur anak aku kat kl tu...
tapi gambar hang shoot ni mang cantek maylique...
Mon 16-Mar-2009 03:17
Posted by:Shahrose76 shahrose76@yahoo.com  - [Link]
macam sedih pilu je gurindam entry yg ini....tapi gambar best... Wed 18-Mar-2009 00:45
Posted by:ijulabi  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 9-Jan-2009 01:47 Email | Share | | Bookmark
Hari ini aku dilahirkan ............. 35 tahun yang lalu

[b}AMPUN SEMUA.......
KAMERA XLEH LINK KAT PC....KERANA PC NI MENGALAMI SAKIT KRONIK
AKU AKAN HAPDET BILA DAH SEMBUH[/b]








Alhamdullilah hari ini aku dilahirkan pada 6.30 pagi.....di sebuah kampung di pinggir pekan di negeri kedah ini......masa itu abah tak ada dia di perbatasan.... tok nek aku kata aku dilahirkan dengan rambut yang halus dan aka botak hehehehhehe tapi sekarang dah banyak dah rambut ala maya karin gitu rambut aku hehehehhehehee berkat minyak lenga yang tok nek dok sapu di kepala aku.
dan masa kecik mak aku kata senang jaga aku, kalau cari aku tak jumpa senang ja....cari bawah meja pasai aku suka tidur bawah meja dan bawah katil...kwang kwang kwang

menurut masyarakat cina pulak aku dilahirkan dlm tahun lembu...depa kata lagi...orang yang lahir dalam tahun lembu ni penyabar, rajin, tabah, boleh tahan susah, kira yang baik baik saja la....hehehehee
nak kata pecaya sangat tu tak la.....tapi semua yang dikatakn tu betoi...hehehehehhee


dan lagi satu memandangkan kamera aku kena virus aku xleh hapdet, dan pagi ni aku dapat kek dari sahabat baik di alam cyber ni iaitu Cik Puan Jasmeen pakar membuat kek dengan bunga ros kuning,biru,biru terangnya itu,,,, terimakasih la atas kek cyber ni....aku suka sangat kerana dia tidak menggunakan bunga ros tetapi bunga ala kekwa kecik ni suka nya sukanya....

terima kasih meen, I LAP U.....

bilalah nak hapdet...pc belum semboh lagi yer.. Wed 25-Feb-2009 05:12
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
celebrate besday tak habih lagi ko?
bila nak sambut ulangtahun perkahwinan pulak
Fri 27-Feb-2009 17:18
Posted by:suargh  - [Link]
Re: Pucuk buluh (rebung) tak makan, belimbing buluh gigit2 Sun 1-Mar-2009 12:29
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 34 comments Add comment


Friday, 26-Dec-2008 02:43 Email | Share | | Bookmark
Azam Tahun Baru- 2009




lawakan dia?



bercakap tentang azam ni mcm dok kata la...awai2 saja teringat lepas tu lupa dah apa yang diazamkan.....malahan ada antara kita tak dak azam pun...kira ikut dan nak jadi ja dalam hidup ni...memandangkan aku ni tak mau ketinggalan dalam berazam ni maka aku punya azam yang utama ialah nak habis mengaji....... tahun ni aku dah tahun 4..... phewww.....ujung tahun 2009 aku habis la...alhamdullilah belum ada paper yang sangkut sepanjang pengajian ni....walaupun banyak cabarannya mengaji bila dah ada keluarga n kerjaya tapi aku manusia yang tidak sunyi dengan cabaran.....mak aku kata aku risk taker....aku kata? errrr....tah la betoi kot apa yang mak kata....

La ni aku dok tunggu result semester yang lepas....sebelum memasuki semester baru januari ni...harap2 last semester aku lebih bagus dari sebelumnya la kan....

oh ya keterangan gambar- yang dlm kaca tu aku shoot di underwater world langkawi...apa nama tak tau...dan permainan orang kayu tu aku shoot di petrosains pun di langkawi......semua gambr di shoot tanpa menggunakan helikopter..

pergh....................superb shots...........................

check this one :
http://tokjanggut1961.fotopages.com/?entry=1773792
Mon 5-Jan-2009 11:58
Posted by:TJ1961  - [Link]
Dah masuk tahun baru dah.................Besuk 10 Muharram Tue 6-Jan-2009 00:39
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Inginkan banyak informasi wedding anda sila lawat www.weddingzone.asia ....kami ada segalanya.
Sekiranya anda adalah pengusaha wedding,iklan percuma di portal kami....Portal terlengkap dan terbaik di Malaysia.
Wed 7-Jan-2009 02:16
Posted by:weddingzone  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Tuesday, 16-Dec-2008 04:39 Email | Share | | Bookmark
Pulau Oh Pulau


ni la suasana hotel tempat aku menginap..The Lanai... antara hotel yang terhujung di pantai tengah, dah nak sampai awana porto malai tempat ni tapi best sebab ada private beach....bersih dan di sini juga terdapat dugong2 bergelimpangan....orang orang putih yang sebaya mak ayah aku....


ada jugak tempat minum tepi pantai tu...petang2 ada la orang orang putih ini melepaks di sini sambil baca novel....rajin membaca depa ni patut rambut semua putih jugak...


ya ini antara dugong yang wujud di pantai itu....rilek kan depa?


helang ni susah nak shoot owhhhhhhh


ni pulak pulau dayang bunting...nampakkan profil mcm perempuan sedang berbaring? Kuasa Allah yang menjadikan bila aku perhatikan mcm rupa telinga pun ada di bahagian kepala tu.......

ni yang best ni bila jejalan begini........aku memang dah lama nak ke tasik dayang bunting dan akhirnya tercapai....yang lawaknya masa nak naik tangga ke tasik dayang bunting ni tinggi betoi aku bagi anak aku galas beg kamera....tiba2 ada monyet kecik datang meragut beg tu, bayangkan beg yang berat tu boleh jatuh diragutnya....aku pun menjerit jugak...mana taknya lens aku ada kat dlm beg tu..buatnya dia bawak balik pokok haru biru dibuatnya...nasib baik hero aku cepat mengusir monyet kecik tu....hehehheheeh kusss semangat...sayang kamera weeiiiii

pssstttt....pulau dayang bunting tu kan, ada ghoper dak??? dugung tu kurus2 la...x bulat n kembang mcm dugong mesia...kan kan... Tue 23-Dec-2008 04:47
Posted by:jasmeen  - [Link]
Rumah hang kat taman Delima ka , taman apa ka?..Jalan jagong ka..
Awat lama tak update .. sesat kat langkawi ka?.Azahari punpi Langkawi jugak . Awat ada reunion kat sana kot.
Wed 24-Dec-2008 07:30
Posted by:<<man>>  - [Link]
mang ada rupa dayang bunting tu...ada kepala..telinga tu pun nampak blah kanan tu...siap ada mulut sikit dada....Subhanallah...bertuah hang dapat cuti-cuti Msia...tapi gambar helang tu memang hang shoot baik and cantek punya!!! Mon 12-Jan-2009 11:47
Posted by:Shahrose76 shahrose76@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Thursday, 11-Dec-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
jalan2 ke pulau beras basah, pulau big lion,dyang bunting

 
 
 



hari kedua pepagi dah breakfast kat hotel.....lepas tu nak p island hopping ke 3 buah pulau yang tersenarai di atas. aku rasa kalau nak jalan semua tempat yang tersenarai dlm peta memang tak cukup seminggu.. dan memang akan merabakkan poket,beg duit, akaun bank...semua sekali la..... malam tu kami p pantai cenang, tengok satu gerai tu suram ja...menu ada letak kat depan kedai, kami pun suluh dgn lampu kecik.....mak oiii nasik goreng RM7-00 adooiiiii mahalnya....ikan bakar yang disini sekilo RM16 di sana RM50-00 ...fuhhhh







tapi aku cukup berpuas hati dengan trip island hopping ni....p 3 pulau perjalanan termasuk masa mandi manda 3 jam...besh besh.... semasa aku tunggu van mai ambik nak p naik bot aku ternampak Jah & Halim...kalau ada yang masih ingat drama raya hari tu kan.....rupanya depa dah pindah p langkawi...tapi mcm tu jugakla masih dok bertengkar tiap hari....hehehehehe


alamak...flickr ada problem pulak nak masukkan lebih gmbr xboleh


p/s : gmapwind@yahoo.com
tima kasih tima kasih,..nape tak bagi link...n lagi satu................ni sis bukan bro hehehehehhehehe

masa bln 8 tuh cd pun ada g sana..
kerang pun sekilo Rm4. kt sini RM1.20
mmg mahal... tp baju2 murah la plak!
Mon 15-Dec-2008 14:20
Posted by: راسيدي K a K i F o To  - [Link]
gambar ke 4 itu amat menjeleskan aku......maylique dah semakin....semakin...semakin.... Mon 15-Dec-2008 15:46
Posted by:norhazlan  - [Link]
Rambut Halim pun dah elok dah...
depa pindah sebab buka bisnes pelancungan kot.. homestay ka stay at home ka..
Aku kalau pi langkawi selalu dok kat Tanjung mali.. dekat dengan Underwater World. Tapi dah lama aku tak pi pulau ni.. rasa2nya dah 6 tahun..
Wed 17-Dec-2008 06:06
Posted by:<<man>>  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 7-Dec-2008 02:03 Email | Share | | Bookmark
Aku Bercuti.......Sat Saja.....3 hari 2 malam....3 hari 2 malam







Lama dah aku tak p mana-mana sekeluarga.....dan kali ini aku bercuti dekat saja ke langkawi...oleh kerana nak mencipta kelainan kami naik firefly dari penang ke langkawi..lagipun aku p ni atas sponsor syarikat,hotel,makan,sewa keta di sana, sampai ke parking kereta di airport pun company bagi duit...maka tanpa berlengah lagi tempahla tiket kapal terobang ni.......terima kasih bos....tahun depan bagi lagi ya......

exam pun dah abis......lega dan ringan dah otak aku ni...tunggu bulan satu pulak baru kelas mula....so rilek la sat...... di sini aku uploadkan dulu sikit2 gmbr yang di langkawi, lepas dari nak kena kutuk kawan2 pasai lama tak hapdet.....

oooooooooooooooo cuti eh?
bestnyer.......................................................
Tue 9-Dec-2008 03:25
Posted by:TJ1961  - [Link]
SELAMAT HARI RAYA HAJI ATAU AIDIL ADHA...LAMBAT PLAK ZAI NAK UCAP HA..MAKLUM ARR TAK BRAPA NAK SIHAT... Wed 10-Dec-2008 03:59
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu syoknyer kena sponsor ngan company...
taun ni laki aku tak nak sponsor aku pi jalan2 coz aku beli washing machine mahal sangat no.................
Mon 15-Dec-2008 04:27
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 23-Nov-2008 07:17 Email | Share | | Bookmark
Penantian Berakhir Kini


aku tengah cari ilham untuk goreng dlm exam esok....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa






wah lama sungguh aku tak hapdet..sampai dah terbang kelawar dlm fp ni tapi takpa biar ada unsur2 seram sket baru buleh dan menarik...hehehehehe maka akhirnya setelah si jasmeen yang terlampau rajin hapdet n buat kek itu dok peringat supaya aku update aku punya fp ni maka ceng ceng ceng .....dapat juga gmbr yang aku rasa nak masukkan dlm fp..bukannya apa ni semua pasai mood nak exam dan nak p bercuti...melegakan otak setelah setahun dok perah saja...dia pun tau gak penat kan.....

apapun rakan2 fp timakaseh la pasai sudi melayan tulisan yang merepet repet ni....maaflah aku ni takdak gmbr kek mcm si jasmeen tu...pasai aku ni bukan tak pandai buat tapi tak dan sebenarnya...(heheheheh alasan orang yang rajin masak)

Hang kata signboard company hang besaq kat Changlon .. hmm aku nampak signboard Nasi Kandaq pokok Ceri la yg besaq . hang kerja dgn Nasi Kandaq ka? Thu 4-Dec-2008 08:36
Posted by:<<man>>  - [Link]
lama dah I tak msk cni.... byk gak n3 tertinggal...

Dh abih exam ker? exam aper awak...? melik further study amik master ekkk...? (byk noo tanye ibu 3A nie )

Salam Aidil Adha utk maylique & family!
Fri 5-Dec-2008 08:43
Posted by:admansyah  - [Link]
lepas exam kena enjoy....makan kenduri... Tue 16-Dec-2008 23:27
Posted by:ijulabi  - [Link]
View all 19 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.